1. Menyediakan Pendidikan Islam yang berkualiti yang berkonsepkan Tarbiyyah Islamiyyah yang menyentuh aspek kehidupan secara menyeluruh sama ada dari segi rohani, fizikal dan intelek. 2. Menyediakan dan membentuk asas yang kukuh kepada pelajar dalam melahirkan pelajar yang berkeperibadian mulia, kreatif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa. 3. Menyediakan suasana pembelajaran berkonsep Islamik yang membantu pelajar menyerlahkan potensi diri untuk menjadi muslim yang cemerlang dan ummah yang berwawasan.